Lama Tidak Jumpa Isteri, Peluk Dan Cium Kerana Ingin Lepas Rindu – Fattah Amin

Hiburan

Lama Tidak Jumpa Isteri, Peluk Dan Cium Kerana Ingin Lepas Rindu – Fattah Amin

Baru-baru ini pasangan popular Fattah Amin dan Fazura mengundang kecaman dan rasa marah netizen gara-gara video aksi terlebih intim mereka  di tempat awam sehingga ada yang mengatakan pasangan ini terlalu gersang dan tidak menghormati bulan Ramadhan.

Advertisement

Tidak mahu salah faham ini terus berpanjangan, Fattah Amin tampil menjelaskan perkara sebenar dan turut meminta maaf sekiranya aksi mesra mereka suami isteri menimbulkan rasa tidak selesa mana-mana pihak.

Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial. Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadhan ia sebenarnya di luar kawalan saya.

Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi.

Tambah Fattah, beliau hanya meluahkan rasa rindu dan teruja dapat bertemu dengan isteri tercinta selepas beberapa hari tidak berjumpa gara-gara sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.

Saya dan Fazura dah lama tak jumpa jadi apabila kami bertemu di tempat awam kami teruja. Sebagai suami-isteri, salam cium tangan itu biasa dan saya pun ada mencium dahinya dan memeluk isteri saya untuk menghilangkan rasa rindu.

Menjadikan isu ini sebagai satu pegajaran, Fattah selepas ini akan meminta rakan-rakan beliau untuk lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang video di media sosial agar tidak timbul sebarang salah faham lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

46 Comments

  1. Pikio pikio

    May 29, 2018 at 8:20 pm

    Rindu kt bini …,, What a stupid excuse. FA Klu dah tahu meroyan rindu kt bini. Suruh bini tunggu kt rumah saja. Boleh rom rom watever. perangai tak malu tu shows your mentaliti. Both of you dah sendu. Sikit lagi dah tak da job berlakon. Klu perangai buruk lagi cepat merudum tak laku. Both of you Nyanyi pun tak sedap mcm tercekik tulang. Vokal out ke longkang.

  2. anon

    May 29, 2018 at 6:18 pm

    pasangan yg sama lawa. Fazura cukup cantek bila bertudung

  3. Lair

    May 29, 2018 at 7:02 am

    Saya Dan Fazura tak sedar kami di rakam..sambil pandang kawan Yang ambil video. Muka Kawan2 kamu pun nampak menyampah apa lagi Netizen lol

  4. Fabulous Fan

    May 28, 2018 at 7:25 pm

    Sorry Netizen Fazura tak pernah peduli pandangan orang. Kasihan korang meroyan sendiri

  5. Anonymous

    May 28, 2018 at 1:09 pm

    VID YANG DIUPLOAD 1 HAL..MCM MANA NGAN ORANG LAIN YG ADE KAT SITU TIME TU..XDE RS MALU KE..KALO STAKAT SALAM CIUM TGN DAHI BAGAI TU OK LG KOT..BERSEDERHANA LAH..

Loading...