Lama Tidak Jumpa Isteri, Peluk Dan Cium Kerana Ingin Lepas Rindu – Fattah Amin

Hiburan

Lama Tidak Jumpa Isteri, Peluk Dan Cium Kerana Ingin Lepas Rindu – Fattah Amin

Baru-baru ini pasangan popular Fattah Amin dan Fazura mengundang kecaman dan rasa marah netizen gara-gara video aksi terlebih intim mereka  di tempat awam sehingga ada yang mengatakan pasangan ini terlalu gersang dan tidak menghormati bulan Ramadhan.

Advertisement

Tidak mahu salah faham ini terus berpanjangan, Fattah Amin tampil menjelaskan perkara sebenar dan turut meminta maaf sekiranya aksi mesra mereka suami isteri menimbulkan rasa tidak selesa mana-mana pihak.

Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial. Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadhan ia sebenarnya di luar kawalan saya.

Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi.

Tambah Fattah, beliau hanya meluahkan rasa rindu dan teruja dapat bertemu dengan isteri tercinta selepas beberapa hari tidak berjumpa gara-gara sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.

Saya dan Fazura dah lama tak jumpa jadi apabila kami bertemu di tempat awam kami teruja. Sebagai suami-isteri, salam cium tangan itu biasa dan saya pun ada mencium dahinya dan memeluk isteri saya untuk menghilangkan rasa rindu.

Menjadikan isu ini sebagai satu pegajaran, Fattah selepas ini akan meminta rakan-rakan beliau untuk lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang video di media sosial agar tidak timbul sebarang salah faham lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

46 Comments

  1. next!

    May 28, 2018 at 12:49 pm

    Netizen over sensitive.

  2. Anonymous

    May 28, 2018 at 12:39 pm

    Teruskn lh Fatah n Fazura..lbh dpd cium nk mengawan dpn public pun boleh..nk rakam lg bagus..artis m’sia kn dh maju..org ngan bintang dh sama taraf..bravoo..

  3. Anonymous

    May 28, 2018 at 12:38 pm

    terus aku mcm ter flashback pulak dulu ade gosip mase diorg berlakon HSC kat amsterdam cakap fattah gitu2 dgn fazura kt sane n si puteri zarith ni pon mcm ngoks jugak menyokong je ape yg kwn sndiri buat pastu acah2 supporters nenek luuuuu

  4. Duchess DPP

    May 28, 2018 at 11:54 am

    Agree with Nemo. Halo FA dan Faz … orang lain pun rindu kt bini. Tapii tak buat tayangan free mcm ko buat Sabor ler hingga balik rumah. Walau dah halal. Ajar diri tu rasa malu.

    Yes aku pun tak setuju drama ada adegan duduk, baring2?atas katil walau berpakaian lengkap atau bubuh bantal golek konon ada sempadan. Bab tak sopan ni mufti n pk ustaz tak bersuara pulak!!! penapis filem drama tak perasan? Yg retis pun kna la tolak kalau adegan mcm tu …. Elizad dll tu dengar tak?

  5. Anonymous

    May 28, 2018 at 11:40 am

    aku tggu je orang komen salahkan neelofa. alhamdulillah takda! hahhaha