Lama Tidak Jumpa Isteri, Peluk Dan Cium Kerana Ingin Lepas Rindu – Fattah Amin

Hiburan

Lama Tidak Jumpa Isteri, Peluk Dan Cium Kerana Ingin Lepas Rindu – Fattah Amin

Baru-baru ini pasangan popular Fattah Amin dan Fazura mengundang kecaman dan rasa marah netizen gara-gara video aksi terlebih intim mereka  di tempat awam sehingga ada yang mengatakan pasangan ini terlalu gersang dan tidak menghormati bulan Ramadhan.

Advertisement

Tidak mahu salah faham ini terus berpanjangan, Fattah Amin tampil menjelaskan perkara sebenar dan turut meminta maaf sekiranya aksi mesra mereka suami isteri menimbulkan rasa tidak selesa mana-mana pihak.

Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik ke laman sosial. Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadhan ia sebenarnya di luar kawalan saya.

Perkara pun sudah terjadi dan di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada peminat dan sesiapa yang tersinggung dengan video berkenaan dan berharap ia tidak akan berulang lagi.

Tambah Fattah, beliau hanya meluahkan rasa rindu dan teruja dapat bertemu dengan isteri tercinta selepas beberapa hari tidak berjumpa gara-gara sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.

Saya dan Fazura dah lama tak jumpa jadi apabila kami bertemu di tempat awam kami teruja. Sebagai suami-isteri, salam cium tangan itu biasa dan saya pun ada mencium dahinya dan memeluk isteri saya untuk menghilangkan rasa rindu.

Menjadikan isu ini sebagai satu pegajaran, Fattah selepas ini akan meminta rakan-rakan beliau untuk lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang video di media sosial agar tidak timbul sebarang salah faham lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...