February 11th, 2016

Sudah lama kita tidak lihat Almy Nadia muncul dalam mana-mana drama selepas bergelar ibu, ramai yang berpendat mungkinkah suaminya Fizz Fairuz tidak membenarkan beliau aktif lagi dalam bidang lakonan?

Menjawab persoalan berkenaan, Almy baru-baru ini tampil memberikan penjelasan sebenar dan menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau dikongkong oleh Fizz.

Bukannya Fizz tidak benarkan saya berlakon, jauh sekali dia mengongkong saya cuma dia meletakkan syarat supaya saya tidak mengabaikan keluarga dan juga dirinya.

Kalau watak yang diberikan itu sesuai dan tidak mengganggu masa saya, saya tetap akan menerimanya. Cuma, buat masa ini tiada tawaran yang saya terima. Saya juga kena menerima hakikat ketika ini ramai pelakon baru.

Pendapat Amy, zaman ini pelakon hanya dinilai melalui paras rupa dan bukannya bakat mereka. Walaubagaimanapun beliau tidak merasa cemburu dengan pelakon baharu dan menganggap belum ada rezeki untuk kembali berlakon.

Era sekarang sangat berbeza, sepatutnya rupa perlu diketepikan dan mutu lakonan perlu diutamakan tetapi stesen TV juga mempunyai ciri-ciri tersendiri yang diperlukan dalam drama yang akan disiarkan.

Saya tidak kecewa pun, mungkin belum rezeki saya. Siapa tahu jika bukan di bawah produksi orang lain, mungkin di bawah syarikat saya sendiri.

Tidak mengapa Almy, melalui perkongsian anda di laman Instagram kami lihat Almy lebih bahagia menjaga anaknya selain membuat bisnes sampingan meskipun tiada tawaran berlakon. Mana tahu kalau lepas ini pula ada rezeki bukan?


Comments are closed.

Loading...