Lama Tak Dapat Nafkah Batin Buatkan Isteri Sanggup Cabul Anak 2 Tahun

Dunia

Lama Tak Dapat Nafkah Batin Buatkan Isteri Sanggup Cabul Anak 2 Tahun

Sedih bila dengar ada berlaku perkara macam ni dalam dunia ni. Kejadian yang berlaku di Indonesia ini mendapati seorang ibu kandung sanggup mencabul anak lelakinya sendiri yang beru berusia 2 tahun.

Tidak cukup dengan itu, ibu ini rakam pula perbuatan terkutuk tu untuk dihantar kepada suaminya.Kejadian ini dilaporkan iNews Indonesia dan wanita terbabit telah berjaya ditahan pihak polis.

Advertisement

Menurut laporan, suami wanita terbabit tinggal bersama isteri pertama di Pulau Lombok dan tidak dapat pulang ke rumah isteri kedua akibat Covid-19. Ini menjadi alasan mengapa dia melakukan perbuatan terkutuk itu sebagai tanda menginginkan’nafkah batin’ daripada suaminya.

Alasan ibu berkenaan adalah kerana sudah lama tidak dapat nafkah batin daripada suaminya yang tidak pulang akibat pandemik. – Kata pihak Polis.

Video yang disimpannya bagaimanapun terbongkar selepas diketahui anaknya yang lain dan kemudian diketahui pula ahli keluarga terdekat yang akhirnya membuat keputusan untuk melaporkan kepada polis.

Suspek akan disabitkan atas Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum 15 tahun penjara dengan denda maksimum lima ribu juta rupiah.

Semoga apa yang terjadi ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua dan jauhilah perbuatan terkutuk ini. Allahu….

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...