Sebelum ini, TikToker terkenal, View Chin memaklumkan dia sudah lebih enam hari tidak bertemu anak-anak meskipun dia mempunyai hak penjagaan ke atas mereka.
Bukan itu sahaja, pempengaruh media sosial itu berkata dia juga tidak mengetahui tentang keberadaan anak-anaknya.
Sekarang anak saya tak ada dengan saya, saya tak tahu mana mereka pergi.
Terkini, View meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat bertemu dengan anak-anak perempuannya.
Menerusi hantaran di Instagram Story, influencer itu memuat naik beberapa keping gambar bersama anaknya, Sylvia Chin dan Scarlett Chin.
Bukan itu sahaja, View turut dilihat membawa anak-anaknya bersiar-siar menaiki kereta.
Finally dah jumpa anakku.
Sebelum ini, Shermine memaklumkan dia sedang memperjuangkan hak penjagaan anak-anak secara habis-habisan buat masa sekarang.
Saya tak akan lepaskan mereka kepada View Chin. Macam mana perempuan (Mira) yang tak pernah melahirkan nak jaga anak?
Terdahulu, bekas isteri kepada View itu mendedahkan perbuatan curang suaminya selepas memuat naik beberapa bukti perbualan mesra bersama pekerja, Amirah Aqilah di aplikasi WhatsApp.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.