Lama Menghilangkan Diri, King Coco Kembali Bertanding Sebagai Ketua Srikandi Bahagian Bagan Serai

Trending

Lama Menghilangkan Diri, King Coco Kembali Bertanding Sebagai Ketua Srikandi Bahagian Bagan Serai

Rakyat Malaysia memang suka tularkan benda yang tak masuk akal dan pelik. Ingat tak apabila seorang wanita yang popular di laman media sosial mendapat perhatian ramai kerana percakapan bahasa Melayunya yang ada pelat bahasa Inggeris?

Kalau sebut nama King Coco mesti ramai yang kenal kan? Setelah berkahwin dan mempunyai anak, wanita ini kelihatan sibuk menguruskan bisnesnya sampai ke luar negara. Sehingga pernah dijemput oleh universiti di Turki sebagai tetamu jemputan untuk berkongsikan rahsia kejayaannya bersama pelajar mereka.

Advertisement

king coco bertanding ketua srikandi

Disangkakan bahawa wanita itu dah senyap daripada perhatian media tetapi mengejutkan apabila dia dikatakan bakal terjun ke dalam kancah politik tak lama lagi. Daripada entri di Twitter ini, dilihat King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail akan bertanding untuk calon jawatan Ketua Srikandi bahagian Bagan Serai bagi sesi 2020/2022.

Rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut mereka dengan berita yang tidak diijangka itu. Sudah lama hilang daripada radar perhatian orang ramai tetapi King Coco buat kemunculan kembali sebagai ahli politik.

netizen selar king coco bertanding calon srikandi

Tak kurang juga yang mempersoalkan kelayakan wanita ini sehingga membolehkan dia bertanding untuk jawatan besar seperti itu. Segelintir netizen juga meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menimbang balik pencalonan King Coco ini.

Tiada lagi pengesahan daripada pihak PPBM jadi sama-sama kita nantikan kesahihan berita ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...