Kejam dan tragis! Kehilangan seorang wanita lebih seminggu kini terjawab selepas dia ditemukan mati ditanam di halaman rumah di Kampung Karya Indah.
Kompas.com melaporkan, mayat wanita hamil 7 bulan itu juga diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan.
Ketua Polis Tapung, Sumarno berkata, pihaknya masih menjalakan siasatan mengenai kes itu.
“Setakat ini, kami sudah memanggil beberapa saksi, penggali lubang dan waris keluarga mangsa”
“Kes mula terbongkar selepas penduduk terhidu bau busuk sekitar rumah mangsa. Mereka berasa curiga dengan lubang kumbahan yang sudah ditutup di rumah mangsa”
Kerana terlalu sangsi, lubang tangki itu kemudiannya digali sebelum menemukan mayat wanita itu.
Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat.
Ketika ditanya, pihak keluarga memaklumkan mereka tidak mengetahui ke mana mangsa pergi sejak dia hilang 21 Mei lalu.
Salam takziah.