Lama Menghilang & Netizen Tegur Makin Berisi, Jawapan ‘Spontan’ Azar Azmi Curi Perhatian – “Soalan Tu Cuba Pakai Otak”

Hiburan

Lama Menghilang & Netizen Tegur Makin Berisi, Jawapan ‘Spontan’ Azar Azmi Curi Perhatian – “Soalan Tu Cuba Pakai Otak”

Seperti diketahui ramai, pelakon Azar Azmi lama ‘menghilangkan’ diri daripada industri hiburan juga tidak kelihatan di mana-mana platform media sosial.

Bagaimanapun, selepas dua tahun tidak memunculkan diri, aktres itu kelihatan kembali aktif di media sosial dan yang terbaru, tular klip live TikToknya.

Advertisement

Netizen persoal kenapa makin berisi

Dalam klip video tersebut, Azar dilihat sedang memasak sambil menjawab pertanyaan netizen tetapi hal yang mencuri perhatian apabila aktres itu menjawab soalan netizen yang tidak sensitif.

Salah seorang netizen yang meninggalkan komen di live tersebut dengan selamba bertanya kenapa aktres berkenaan kelihatan semakin berisi.

Yes I memang gemuk and I happy. Tak ada masalah kan? Tak ada menyusahkan kau kan?

‘Tanya soalan cuba pakai otak’

Dalam pada itu, ada juga netizen lain bertanyakan jika perlu memakai air atau minyak untuk blend cili kering tetapi Azar kelihatan sudah ‘fed-up’ dengan pertanyaan netizen yang dianggap tidak patut ditanya kepadanya.

Kadang-kadang kau punya soalan tu cuba pakai otak.

Biarpun begitu, ramai juga peminat yang meluahkan rasa rindu mahu melihat pelakon berkenaan kembali berlakon kerana merasakan bakat yang Azar ada tidak patut dibazirkan.

kehidupan terkini azar azmi
4 months ago

"Kehidupannya Sangat Privasi.." - Anak Saudara Dedah Azar Azmi Masih Belum Berkahwin, Dah 'Resign' Jadi Pelakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...