Selepas melalui episod hitam dalam hidupnya, model dan pelakon Zahnita kini boleh tersenyum apabila kehidupan barunya perlahan-lahan sudah kembali tersusun.
Menerusi Instagram, Zahnita memaklumkan dia kini sudah mempunyai lot kedai kecil untuk mengembangkan bisnes pie dan juga beberapa menu dessert dan pastri lain.
Katanya, dia sudah lama tidak berkesempatan untuk membuat konten di media sosial kerana sibuk menguruskan semua urusan berkaitan perniagaannya.
Selamat datang ke tempat baru untuk saya berbisnes dan permulaan baru. Saya sudah bersedia untuk terima tempahan Zahnita’s Humble Pie.
Bukan itu sahaja, kata Zahnita menu air kopi juga bakal ada di kedai tersebut tidak lama lagi.
Dalam pada itu, model tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setianya dan komuniti wanita yang sentiasa menyokong dan mempercayainya.
View this post on Instagram
Ramai mengucapkan tahniah kepada Zahnita dan rata-ratanya akui tidak sabar untuk pergi ke kedainya sekiranya ke Kuantan.
Dalam pada itu, ramai wanita akui rasa gembira melihat perkembangan Zahnita terutamanya perniagaannya selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya.