“Lama-Lama Orang Jadi Menyampah!” Mustaqim Bahadon Mohon Iqbal Rehat Dari Media Sosial

Hiburan

“Lama-Lama Orang Jadi Menyampah!” Mustaqim Bahadon Mohon Iqbal Rehat Dari Media Sosial

Sedia maklum, sejak kebelakangan sering kali dilihat mengenai kisah sensasi membabitkan Ahmad Iqbal Zulkefli, atas kerana itu, pelakon Mustaqim Bahadon meminta usahawan itu supaya berehat dari menggunakan media sosial.

Izwan Azir Saleh
2 years ago

"Sudah-Sudahlah Vida Iqbal, Cerita Sampah.." Pengacara Izwan Azir Saleh Dah Muak

Advertisement

Mewakili suara netizen, Mustaqim mengakui ramai pihak yang sudah meluat dengan cerita-cerita peribadi yang sering dipaparkan di media sosial dan meminta agar Iqbal muhasabah dirinya buat sementara waktu.

Kita ni sampai tahap, mula-mula okay cerita cinta tak kesampaian tapi lama-lama cerita dia makin banyak, fasal kucing lah, fasal kereta lah, fasal jam lah… orang jadi menyampah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam pada masa yang sama, Mustaqim yang menulis pendapatnya itu di ruangan komen hantaran daripada mStar, dia meminta agar usahawan kontroversi itu merendah diri dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk kekayaannya di media sosial.

Saya pun ada kawan-kawan yang betul-betul kaya, kaya gila! Tak ada pula macam dia menunjuk-nunjuk.. rileks sudah!

Mustaqim Bahadon dan Iqbal

Bagaimanapun, pelakon drama Malaysian Ghost Stories itu turut memohon maaf terlebih dahulu jika komen yang ditulisnya itu akan menggoreskan hati Iqbal.

Sekadar teguran sahaja..

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...