“Lama Dah Tak Dengar Suara Saya Kan..” – Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Syariah, Puteri Sarah Dedah Dah Setahun Tak Jumpa

Trending

“Lama Dah Tak Dengar Suara Saya Kan..” – Syamsul Yusof Hadir Ke Mahkamah Syariah, Puteri Sarah Dedah Dah Setahun Tak Jumpa

Pagi ini, pelakon Puteri Sarah Liyana dan juga suami, pengarah Syamsul Yusof dilihat telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan prosiding tuntutan perceraian yang dipohon aktres itu.

Ditemui media, Puteri Sarah Liyana berkata bahawa dia kini lebih tenang dan turut mendapat sokongan daripada keluarga dan juga ibu bapa mentua.

Advertisement
Puteri Sarah Sumber : Kosmo Digital  

Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya.

Ditanyakan soal perasaan bagi menghadapi hari ini, Puteri Sarah percaya Allah S.W.T telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya dan anak-anak.

Difahamkan juga kedua ibu bapa Puteri Sarah Liyana dan mentua tidak hadir pada hari sebutan kes tersebut.

Sementara itu, Syamsul Yusof juga dilihat tiba di Mahkamah Syariah dengan memakai baju-T dan blazer berwarna hitam diiringi peguam.

Puteri Sarah dalam pada itu memaklumkan bahawa dia sudah tidak berjumpa suaminya itu sejak setahun yang lalu.

Mengimbas kembali, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga yang dialami mereka sejak empat tahun yang lalu menemui jalan buntu.

Aktres itu memaklumkan bahawa dia enggan bermadu setelah suaminya membuat pengakuan sudah bernikah kali kedua bersama Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi.

Shuhada
1 year ago

"Jiwa Saya Dah Rabak, Hati Dah Remuk" - Shuhada Dedah Adik Ipar Juga Bersubahat Dengan Hafidz Roshdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...