Lama Berdiam, Izreen Azminda Hilang Sabar & Dakwa Intan Saleh Meroyan – “Kau Rasa Seronok Bila Orang Hina Caci Maki Aku”

Hiburan

Lama Berdiam, Izreen Azminda Hilang Sabar & Dakwa Intan Saleh Meroyan – “Kau Rasa Seronok Bila Orang Hina Caci Maki Aku”

Intan Saleh, bekas isteri pemuzik Ude Wahid telah memberikan kenyataan berhubung isu saman yang dikemukakan oleh bekas suaminya itu dan isteri, Izreen Azminda.

Kata Intan, kadang kala dia menulis di media sosial tanpa tujukan kepada sesiapa namun pihak sebelah sana didakwa mengambil kesempatan untuk memfailkan saman kerana tahu dia tidak mampu melawan.

Advertisement

Intan Liana Izreen Azminda
5 months ago

"Mereka Tahu Saya Tak Mampu Hire Lawyer Untuk Pertahan Diri" - Intan Liana Jawab Tuduhan Isu Saman Izreen Azminda Dan Ude Wahid

Tidak berdiam diri, nampaknya Izreen Azminda membidas kenyataan tersebut dan dilihat sudah hilang sabar selepas berdiam diri untuk tempoh yang agak lama.

Kata aktres itu menerusi Instagram story, selama ini dia berdiam kerana menghormati permintaan suaminya namun dia kini sudah tidak tahan dengan Intan yang didakwa ‘tunjuk baik’ kerana mampu menagih simpati orang ramai.

Berdasarkan kemas kini di Instagram Izreen itu, dia telah mengemukakan beberapa tangkap layar bukti yang mempamerkan bahawa Intan memang memerli dan menyindir dia serta suami.

komen

komen

komen

Izreen turut berkata Intan seperti sengaja menimbulkan kemarahan orang ramai terhadapnya hanya kerana dia mampu untuk mendapatkan simpati.

Bukan itu sahaja, menurut Izreen kes tersebut menjadi panjang kerana pihak Intan gagal memberikan kerjasama penuh antaranya tidak membuka pintu apabila pihak peguam aktres tersebut datang untuk memberikan notis mahkamah.

Screenshot 2023-12-12 150734

Screenshot-2023-12-12-150745

komen

Tambah Izreen, dia tidak pernah mengganggu Intan sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Ude namun tahu bahawa bekas isteri suaminya itu ada mencanang cerita tentangnya kepada orang lain.

komen

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...