Ini Tips Mudah Ini Sekiranya Anda Perlu Bekerja Dari Rumah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kehidupan

Ini Tips Mudah Ini Sekiranya Anda Perlu Bekerja Dari Rumah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Berbaki lagi 12 hari rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua pastinya ada di antara kita yang sudah berasa jemu duduk di rumah dan mula untuk merindui suasana pejabat.

Bila lagi anda boleh berada di rumah untuk jangka masa yang lama, mungkin ini hikmah disebalik segala yang sedang berlaku di negara kita. Tugasan kerja tetap harus dilakukan meskipun anda berada di rumah, untuk anda yang tidak pernah terfikir untuk bekerja dari rumah (work from home) mungkin perkara ni mengambil sedikit masa untuk anda sesuaikan diri.

Advertisement

Ada kelebihan juga work from home ini, anda tidak perlu runsing untuk cepat ke pejabat semata ingin mengelak kesesakan jalan, tidak perlu menghantar dan menjemput anak anda di sekolah atau pusat asuhan dan paling penting tidak perlu berhadapan secara bersemuka dengan klien anda.

bekerja dari rumah

Ikuti tips ini agar anda sentiasa bersemangat untuk melakukan tugas kerja harian anda.

1. Susun rutin bekerja

Teruskan rutin awal pagi anda itu. Bangun 6:30 pagi, sediakan sarapan ringkas, minum secawan kopi panas sebelum bergerak ke tempat kerja. Tidak mengapa kerana ini adalah rutin yang bagus.

Bezanya, anda tidak perlu bergerak ke lokasi pejabat anda. Permulaan pagi seperti ini akan menimbulkan mood positif dan produktif dalam diri anda.

2. Bersiap secara sederhana

Walaupun anda bekerja di rumah, itu bukan bermakna anda hanya perlu mengenakan baju kelawar atau baju tidur dan melakukan kerja di hadapan komputer.

Pilih baju yang anda selesa ketika di rumah tetapi masih nampak sopan dan bersedia sekiranya terdapat panggilan video daripada majikan untuk mengadakan mesyuarat.

3. Rancang hari bekerja anda

Tuis senarai to do list anda sebelum memulakan sebarang kerja. Ini membantu anda untuk kekal produktif dan bersemangat untuk menyelesaikan kesemua senarai yang dibuat hari itu.

Selain itu, melalui senarai to do list anda boleh merancang waktu yang akan diambil untuk melangsaikan sesuatu tugasan.

bekerja dari rumah

4. Sediakan ruang ‘pejabat kedua’ anda

Pastikan terdapat satu ruang telah dikhaskan sebagai ruang anda bekerja. Ruang pejabat kedua yang selesa memudahkan proses tugasan anda. Segala keperluan alat tulis, kertas, soket yang mencukupi membuatkan anda seperti berada di pejabat.

Secara tidak langsung, anda tidak cenderung untuk mencampurkan urusan kerja dengan urusan di rumah. Ruang tersebut hanya digunakan mengikut waktu bekerja anda.

Mereka yang mempunyai anak kecil, jelaskan kepada anak dengan baik untuk tidak mengganggu ketika sedang membuat kerja kecuali jika terdapat kecemasan.

5. Sentiasa pastikan diri anda boleh dihubungi

Inilah masanya untuk anda menunjukkan kepada majikan anda bahawa anda ialah pekerja yang boleh dipercayai dan boleh bekerja walau di mana sahaja. Bekerja di rumah tidak menghalang anda untuk terus cekap melakukan kerja.

Pastikan diri anda boleh dihubungi secara terus atau menerusi dalam talian untuk memastikan kelancaran kerja anda pada tahap yang baik. Lebih-lebih kerja yang memerlukan pesetujuan ramai pihak dalam satu masa.

bekerja dari rumah

6. Lakukan aktiviti regangan

Jangan terlalu fokus membuat kerja sehingga anda lupa untuk pergi ke tandas dan berjalan sedikit di dalam rumah untuk meregangkan otot. Makan snek kegemaran anda sebagai waktu untuk anda berehat setelah anda merenung skrin komputer seperti mahu tembus.

7. Tetapkan peraturan untuk kanak-kanak

Untuk mereka yang mempunyai kanak-kanak kecil di dalam rumah, pastikan anda tidak diganggu ketika menjawab panggilan penting. Rancang aktiviti yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak in sebelum anda berada di ruang kerja agar mereka tidak bosan dan menangis untuk perhatian.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...