Lakukan Sendiri Di Rumah, Tanam Sayur Dengan Kaedah Hidroponik Guna Botol Air Mineral Sahaja

Kehidupan

Lakukan Sendiri Di Rumah, Tanam Sayur Dengan Kaedah Hidroponik Guna Botol Air Mineral Sahaja

Duduk di rumah dalam tempoh hampir sebulan mungkin merupakan “percutian idaman” anda.  Tambahan pula, ini bukanlah permintaan anda tetapi atas arahan pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Macam-macam perkara yang anda sudah lakukan daripada menonton pelbagai genre filem, mengemas rumah tiga kali sehari, memasak lima jenis makanan sekali gus dan lain-lain lagi.

Sampai satu tahap anda merasa penat dan bosan kerana tiada perkara menarik yang boleh dilakukan. Tak mengapa, jangan risau dan resah, kami ada idea aktiviti baru untuk anda.

Advertisement

Tanam sayur menggunakan botol mineral

Ayuh biasakan diri melakukan aktiviti bertanam pula! Tidak sesukar seperti yang dikhabarkan kerana perkongsian oleh Hafizuddin Wahab mampu mengubah persepsi anda terhadap aktiviti bercucuk tanam. Dengan menggunakan botol kosong air mineral, anda boleh mendapatkan hasil sayuran yang segar. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah hidroponik untuk menanam sayuran sendiri di rumah.

Selepas ini anda boleh berbangga dengan hasil sayuran segar yang anda tanam sendiri. Selain boleh berjimat dan berbakti kepada tanah, isu kebersihan juga terkawal. Jadi jom, ikuti cara-cara mudah untuk menanam sayur menggunakan botol air mineral dengan teknik hidroponik.

1. Ambil botol mineral 1.5 liter dan potong kepada dua bahagian

Pastikan takungan baja di bahagian bawah tidak terlalu rendah. Tebuk lubang di sekeliling bahagian atas untuk membolehkan akar tanaman keluar nanti.

botol air mineral 2. Cat botol dengan warna hitam

Untuk mengelakkan lumut tumbuh di bahagian takungan baja, anda boleh mengecat bahagian tersebut dengan cat berwarna hitam.

botol air mineral 3. Tebuk lubang di bahagian penutup botol

Ini adalah untuk diletakkan sumbu (membekalkan air dan nutrisi kepada tanaman). Pilih sumbu yang mempunyai daya serapan yang tinggi seperti kain flannel.

botol air mineral

4. Lubang pada takungan air baja perlulah sama paras dengan penutup botol

botol air mineral 5. Bekas hidroponik siap

Bekas hidroponik untuk tanaman pertama anda sudah siap untuk digunakan. Anda boleh menanam sayur seperti sawi dan tumbuhan yang renek.

botol air mineral 6. Awasi tanaman

Untuk anda yang pertama kali mencuba kaedah tanaman ini, sentiasa mengawasi tanaman anda agar serangga tidak merosakkan tanaman anda. Gunakan semburan baja organik campuran neem oil, cecair pencuci pinggan dan cuka kayu.

Teknik tanaman hidroponik sebenarnya memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi dalam mengendali tanaman yang dilakukan. Namun, hasilnya nanti anda akan rasa sangat berbaloi dan tidak sabar untuk mencuba menanam sayuran lain pula.

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...