Lakukan 5 Langkah Mudah Ini Untuk Menyusun Barang Di Dalam Peti Ais Dengan Lebih Teratur

Kehidupan

Lakukan 5 Langkah Mudah Ini Untuk Menyusun Barang Di Dalam Peti Ais Dengan Lebih Teratur

Semasa duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masing-masing sibuk menunjukkan kepakaran berada di dapur. Pelbagai juadah yang ringan hingga yang rumit semua disediakan. Maklum sahaja banyak masa terluang yang perlu diisi.

Ramai yang mungkin terlupa, selepas selesai berada di dapur hanya kawasan tempat memasak yang dibersihkan. Bahagian dalam peti ais kadangkala tidak diambil kira. Silap haribulan apabila anda hendak mencari barang masak, anda perlu menyelongkar keluar segala benda yang berada dalam peti ais.

Advertisement

Penyusunan barang di dalam peti ais ini penting untuk memudahkan anda mencari bahan yang diperlukan ketika memasak. Di samping itu, barang basah terutamanya boleh tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.

1. Botol sos 

sos

Botol sos ini termasuklah sos cili, sos tomato, sos barbeku, sos tiram dan mayonis. Kebanyakan botol sos tertulis pada label “refrigerate after opening” untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di penutup botol. Disarankan menyimpan segala botol ini di bahagian tepi pintu ais. Ini memudahkan anda untuk mencapai botol sos ini.

2. Produk tenusu

susu

Susu pekat atau susu cair boleh diletakkan di bahagian tepi peti ais. Sekiranya ingin menyimpan susu dari tin, sebaiknya tukar bekas penyimpanan susu tersebut. Selain mengelakkan berlakunya proses pengaratan pada tin, ini juga sebagai langkah keselamatan untuk tidak terpegang mulut tin yang tajam.

Susu segar pula jangan disimpan di bahagian tepi tetapi simpan di bahagian dalam. Suhu di bahagian tepi peti ais tidak stabil (sering terdedah apabila pintu peti ais dibuka). Perkara ini akan menyebabkan susu segar cepat rosak.

3. Telur

telur

Terdapat dua cara yang mudah menyimpan telur:

  • Simpan di luar peti ais

Sebenarnya lebih baik menyimpan stok telur di rumah selain di dalam peti ais. Pertama, terdapat tarikh luput di bekas telur dan keduanya telur diletakkan dalam posisi yang betul (kuning berada di tengah) untuk mengekalkan kesegaran telur. Letak bekas telur di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan kering.

  • Simpan di dalam peti ais

Jika ingin menyimpan telur di dalam peti ais, letak di bahagian chiller atau bahagian shelf (yang penting mempunyai suhu yang tetap). Perubahan suhu terhadap telur boleh menyebabkan telur mudah rosak. Elak untuk mencampurkan bekas simpanan telur dengan barang lain untuk mengelakkan cross contimination.

Kedua-dua tips ini boleh digunakan dengan syarat telur tidak perlu dicuci dahulu. Kerana di kulit telur mengandungi lapisan pelindung daripada bakteria yang mempercepatkan kerosakan telur. Jangan lupa, basuh telur sebelum memasak sahaja.

4. Ubat-ubatan

ubat

Segelintir daripada kita lebih gemar menyimpan ubat di dalam peti ais. Anda boleh hentikan tabiat ini kerana ubat-ubatan tidak perlu disimpan di dalam peti ais kerana boleh mempercepatkan lagi proses tamat luput ubat tersebut. Maksud “keep in dry and cool place” bukan bererti anda perlu menyejukkan ubat. Cukup menyimpan di kawasan yang jauh daripada cahaya matahari dan kering.

5. Sayur-sayuran

sayur dalam peti ais

Simpan sayur di bahagian penyimpanan sayur yang telah dikhaskan. Asingkan atau potong sayur mengikut saiz yang sesuai. Selepas itu, simpan di dalam bekas yang beralaskan tisu lembap. Cara mudah ini boleh mengelakkan sayur cepat layu dan rosak.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...