Difahamkan melalui laporan Kosmo, Proton e.MAS merupakan kenderaan elektrik (EV) yang kini paling laris di Malaysia, di mana penguasan sebanyak 25 peratus daripada bahagian pasaran.
Proton e.MAS yang dilancarkan pada 16 Disember lalu menerima sambutan hangat daripada bakal pembeli kenderaan EV tersebut.
Kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang, susulan pembelian kenderaan itu telah melebih 4000 unit, sebanyak 3000 unit tambahan kini ditawarkan dengan pakej manfaat pelancaran.
Dalam bulan pertama operasinya, sebanyak 421 unit SUV EV segmen-C telah berjaya diserahkan kepada pelanggan. Pencapaian ini meletakkan model tersebut sebagai EV paling laris di Malaysia dengan penguasaan 25 peratus pasaran EV keseluruhan bagi bulan Januari.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan daripada tempahan yang diterima merupakan model premiun dan dijangkakan akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang seiring dengan penambahan unit yang lebih banyak serta pembukaan cawangan baru lain.