Belum pun sempat seminggu diumumkan, Proton e.MAS 5, kereta elektrik (EV) kompak pertama keluaran tempatan, mencipta fenomena apabila menerima 1,607 tempahan hanya dalam masa 24 jam selepas pelancarannya pada 4 Oktober lalu, memetik Amanz.
SUV elektrik yang dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM80,000 itu kini menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat automotif tempatan, sekali gus menunjukkan potensi besar pasaran EV di Malaysia.
Untuk perbandingan, Proton e.MAS 7 mencatat 2,500 tempahan dalam tempoh kurang seminggu, manakala Proton X50 sebelum ini merekodkan 5,000 unit ditempah dalam masa 10 hari.
Siaran langsung pengumuman e.MAS 5 juga mencatat angka tontonan luar biasa lebih setengah juta penonton secara langsung hasil siaran serentak di 8 halaman TikTok, 1 halaman Facebook, serta saluran rasmi Proton e.MAS.
Model Proton e.MAS 5 akan ditawarkan dalam dua versi utama:
- Prime – Dilengkapi bateri 30.12 kWh, dengan jarak perjalanan 225km (WLTP)
- Premium – Menggunakan bateri lebih besar 40.16 kWh, mampu mencapai jarak 325km (WLTP)
Menariknya, 5000 pelanggan terawal yang menempah dengan bayaran RM99 akan menerima kad Touch ‘n Go NFC bernilai RM100 berserta rebat tambahan RM500, menjadikannya tawaran yang sukar dilepaskan.
Dengan prestasi tempahan yang begitu memberangsangkan, Proton e.MAS 5 dilihat bakal menjadi pencetus utama dalam memperkukuh kedudukan Proton dalam era mobiliti elektrik di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautand i bawah.