Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidiladha sudah semakin hampir. Pasti ramai yang dah merancang untuk melaksanakan ibadah korban kan? Hari ini Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Sebagai menghargai para pelanggan yang telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah bersama Zabeeh Services telah pun melancarkan satu “Program Penghargaan Pelanggan”.
Program ini adalah bertujuan untuk menghargai pelanggan yang telah memberi kepercayaan kepada Zabeeh Services Sdn Bhd untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Akikah anda. Pelanggan yang terpilih akan mengerjakan Ibadah Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Zabeeh Services. Berikut merupakan terma dan syarat untuk program ini :-
1. Hanya SEORANG pelanggan sahaja yang akan terpilih.
2. Pelanggan yang layak menyertai program ini adalah semua pelanggan yang telah atau akan mendaftar Ibadah Korban bersama Zabeeh Services bermula 1 Muharram 1438H bersamaan 2 Oktober 2016 sehingga 3 Zulhijjah 1438H bersamaan 25 Ogos 2017.
3. Pelanggan yang mendaftar lebih banyak jumlah bahagian @ ekor mempunyai peluang yang lebih besar untuk terpilih.
4. Segala terma dan syarat tertakluk kepada pindaan penaja.
5. Keputusan pihak syarikat adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Insya Allah jika memang ada rezeki, anda akan terpilih untuk melaksanakan umrah yang ditaja sepenuhnya. Peluang sebegini bukan selalunya ada. Kalau tak terpilih pun, sekurang-kurangnya kita sudah mendapat pahala melaksanakan ibadah korban. Itu yang paling penting. Oleh itu, apa tunggu lagi. Cepat-cepatlah daftar korban bersama Zabeeh sebelum 20 Ogos 2017 untuk menyertai program ini. Manalah tahu anda yang bertuah pada tahun ini, dapatlah mengerjakan umrah secara percuma. Harga korban yang ditawarkan pon lebih rendah berbanding di dalam negara. Hanya RM 300.00 sahaja untuk 1 bahagian lembu dan RM 580.00 untuk seekor kambing.
Buat anda yang berminat, berikut Abang Nara sertakan cara-cara untuk mendaftar ibadah korban bersama Zabeeh Services Sdn Bhd. Hanya perlu pilih salah satu sahaja cara. Abang Nara berani jamin anda akan mendapat layanan yang terbaik dan profesional daripada syarikat ini.
1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada Daftar Qurban Online
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis Saya Nak Qurban
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan Saya Nak Qurban
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567
Selamat menunaikan ibadah korban dan semoga dimurahkan rezeki anda.