Laksam Girl, Telemovie Menarik Daripada Yasmin Hani, Bakal Ditayang 2 Februari Ini

Hiburan

Laksam Girl, Telemovie Menarik Daripada Yasmin Hani, Bakal Ditayang 2 Februari Ini

Lama tidak mendengar khabar terkini Yasmin Hani. Semenjak berkahwin, Yasmin kurang tampil menghiasi drama-drama tempatan. Bukan diam sebarang diam, rupa-rupanya Yasmin Hani sibuk di belakang tabir dan terlibat dengan penerbitan telemovie Laksam Girl.

laksam

Advertisement

Agak menarik juga telemovie Laksa Girl yang bakal ditayangkan Sabtu ini (2 Februari) bermula jam 9 pagi sehingga 11 pagi di saluran Astro Ceria (611). Mengisahkan tentang Dahlia, yang taksub dengan Kpop. Dahlia belajar memasak bersungguh-sungguh daripada datuknya untuk memenangi pakej percutian ke Korea. Adakah Dahlia akan berjaya? Nak tahu kenalah tengok cerita Laksam Girl ini.

Daripada video promo di atas nampak jalan ceritanya agak menarik dan penuh kelucuan. Abang Nara nak suruh anak-anak saudara Abang Nara tengok. Bolehlah mereka belajar tentang usaha keras, cita-cita dan impian. Tak adalah asyik tengok Ultraman Max yang tak ada faedah tue. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...