Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila watak yang dibawa adalah seorang OKU percakapan (bisu) seperti yang dilakonkan oleh Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams. Bergandingan dengan hero kacak Ben Amir, lakonan Mira sebagai Putri dikatakan tidak realistik dan gagal mendalami kesukaran seorang yang tidak boleh di dalam dunia sebenar. Sudah tentu berlakon tanpa sebarang dialog amat sukar kerana Mira terpaksa menggunakan bahasa isyarat, riak muka dan bahasa mata untuk meluahkan emosi, jiwa dan perasaannya.
Enggan membiarkan kritikan-kritikan itu menghantui dirinya, Mira Filzah mengambil pendekatan untuk mengawal emosi agar dirinya tidak tertekan. Kata Mira:-
Saya tidak tertekan dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan warganet. Mereka bebas berkata apa sahaja dan semua itu di luar kawalan saya. Boleh sahaja saya membidas semula setiap kecaman yang dilemparkan, tetapi untuk apa? Sebagai selebriti, saya perlu bijak mengawal emosi dan tidak menggunakan media sosial untuk menonjolkan pengaruh tidak baik.
Pasti ada yang senang, tidak kurang yang cuba mencari dan mencungkil kelemahan serta kesilapan kita. Serangan itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Setiap orang mahu memberikan pendapat dan menegakkan pandangan mereka. Saya bagaimanapun, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan orang lain, terutama mereka yang hanya mencari kelemahan dan kesilapan.
Apa yang lebih penting adalah menjaga hati dan perasaan kedua-dua orang tua. Mereka sentiasa memerhati setiap pergerakan dan tindak-tanduk saya. Itu yang saya jaga kerana tidak mahu perbuatan saya mengguris perasaan mereka.
Pada pandangan Abang Nara, kritikan membina dari netizen haruslah diterima kerana ia akan membantu Mira memperbaiki mutu lakonannya di masa hadapan. Mira mempunyai pakej yang menarik dan sekiranya ia ditambah dengan teknik lakonan yang lebih berkesan, pasti Mira akan menjadi seorang pelakon yang lengkap. Jangan ambil tidak peduli langsung segala kritikan, kerana kadangkala dalam kepahitan, ada kebenarannya. Apa pula pendapat anda tentang lakonan Mira Filzah di dalam drama Sweet Dreams? Sumber Berita Harian.

umairah
August 25, 2019 at 8:17 am
kihkih berdebat psl drama, watak2 cerita aje ye nkorg
FFFFFF
August 24, 2019 at 6:58 pm
Ok lah drama ni. Tengok scenery dia, video editing, cinematography best. Jalan cerita pun tak kurang hebatnya. Mira menjadi dalam cerita ni. Memanglah bisu yang happy dan cerdik macam tu. Sebab hati baik nampak baik (itu kan message watak tu). Mungkinlah ada sedikit tak best. Tapi chill lah semua benda nak berat hinggakan drama chill pun nak di’berat’kan, dah kenapa mentaliti kita ni
Ra
August 23, 2019 at 5:32 pm
Tak suka jgn tengok la….apa laa bodoh
Dah tengok byk bunyi pulak….lg bodoh
Tak paham aku….manusia hati kotor ni x puas hati manjangg
Anonymous
August 23, 2019 at 4:04 pm
Syafiq Kyle .. skrg si Ben ni pulak. Muka ketat giler naik bosan tengok drama Melayu terlebih feel.
kelantit
August 23, 2019 at 3:10 pm
control memanjang. menyampah
Anonymous
August 23, 2019 at 4:09 pm
ingat aku je perasan… mcm drama nur yg tengok boleh murung cam nk tampar muka hero..apasal ko meserable sgt?