Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lakonan Watak Antagonis Menjadi, Netizen Paksa Hannah Delisha Buka Tudung

Berjaya membawakan watak antagonis  dalam drama bersiri Cinta Sekali Lagi dengan cemerlang, pelakon Hannah Delisha mendedahkan dirinya pernah menerima mesej daripada netizen yang memintanya membuka tudung. 

Katanya, mesej itu diterimanya menerusi sebuah hantaran di Instagram daripada netizen yang juga penonton setia drama berkenaan. 

Advertisement

“Ada yang menghantar mesej meminta saya tanggalkan tudung kerana watak Amani lakonan saya itu terlalu jahat.”

Enggan cepat melatah, Hannah baimanapun hanya menganggap komen-komen itu sebagai satu impak positif buat karier lakonannya. 

“Apabila saya terima komen daripada netizen, saya akan nilai semula dan bila ramai yang sakit hati dengan watak Amani, itu menunjukkan saya berjaya membawakannya dengan baik. Walaupun membawa watak itu satu tugas berat, namun saya cabar diri untuk membawa suatu kelainan buat penonton dan peminat.”

Untuk rekod, meskipun sudah tamat ditayangkan, namun drama berkenaan masih hangat diperkatakan kerana lakonan yang ditonjolkan bakat-bakat hebat seperti Hannah, Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Raja Afiq itu sangat menjadi dan memberangsangkan.

Sumber: Harian Metro 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top