Lakonan Tun Mahathir Lengkapkan Filem Kapsul

Hiburan

Lakonan Tun Mahathir Lengkapkan Filem Kapsul

Satu sejarah telah tercipta oleh syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun  Dr Mahathir Mohamed membintangi filem terbitan mereka yang berjudul Kapsul.

Menurut penerbitnya, Amru Najmi Osman penampilan Tun M dalam filem tersebut adalah bukan berkaitan dengan keadaan politik semasa dan lakonan beliau telah melengkapkan lagi filem Kapsul. Tun M mula berminat dan bersetuju menerima tawaran berlakon itu kerana jalan ceritany filem berkenaan memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Advertisement

Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong.

Dalam filem ini, Tun M terbabit dalam lima babak termasuk berdialog dengan pelakon utamanya Faizal Hussein.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi pengarahnya berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Filem  Kapsul akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...