Written by Bella | June 8th, 2017

Pelakon Shukri Yahaya sebelum ini cukup terkenal dengan watak romantis yang membuatkan hati ramai wanita di luar sana “cair” dengan kemanisan beliau. Namun, untuk drama Andainya Takdir yang kini ditayangkan di TV3, Shukri membawakan watak yang cukup berbeza.

Watak Airil yang dilakonkan oleh Shukri adalah seorang yang panas baran, cemburu buta sehingga sanggup memukul isterinya Fatihah yang dilakonkan oleh Nina Iskandar.

Menariknya, lakonan beliau sebagai kaki pukul dipuji penonton dan mereka merasakan Shukri seorang pelakon yang cukup berbakat serta berjaya “menghidupkan” karakter tersebut dengan baik.

Kami juga bersetuju bahawa lakonan Shukri menerusi drama berkenaan memang cukup mantap dan tampak begitu “natural”. Tidak hairanlah jika satu hari nanti beliau akan menjadi seorang pelakon yang disegani dan lebih popular berbanding sekarang. Ini namanya pelakon yang berkualiti.

32 responses to Lakonan Shukri Yahaya Sebagai Kaki Pukul Dalam Drama Andainya Takdir Dipuji Netizen

  1. aku says:

    jericho rosales malaysia..gila x minat..huhu

    52

    0
  2. lucy says:

    Dia apa watak pun bole…. lebih bagus dari lain pelakon yang kaku tapi orang maseh nak vote untuk pelakon terbaik…. This man deserve an award….

    41

    0
  3. nok gebuzzz says:

    syukri yahya mmg pandai berlakon beb…semua watak boleh bawak…dah sama level dgn pelakon yg hebat mcm bront dan lain2 pelakon yg ada jiwa memegang watak…tapi sayang industri malaysia suke amik yg ada rupa tapi xd bakat….

    50

    0
  4. mak c kina says:

    selalu nya pelakon gred a ni mmg ramai peminat tp dorg bkn kemaruk nk vote artis dorg utk anugerah cap ayam tu..
    ramai pelakon/penyanyi gred a yg xpenah menang award undi dr peminat

    29

    0
    • Anonymous says:

      tmbh skit artis gred A xde buat gosip cinta lokasi bagai…xde buat gosip fan berangan smpai langit ke ketujuh…sbb tu y mng sume undi juri…

      20

      0
      • Anonymous says:

        Gred A tak perlu gosip .mrk yakin dgn bakat yg ada…gosip murahan tak main
        Low class pelakon buat gosip sebab tak yakin dgn bakat sendiri

        13

        0
        • Minah Kilang says:

          dan disebabkan patah amin level fazura dah turun ke gred D atas gossip cinta lokasi apek doraemon..penat je faz build up her reputation selama ni..skrg dah mcm dak2 wechat

          2

          0
  5. arabella grace garcia says:

    awak jadi sweet jadi kaki pukui, jadi mcm2 lagi, awak tetap dihati saya. <3

    9

    0
  6. macam-macam says:

    best kot dia belakon….ape watak pun mmg jadi laaa…..bila laa nk dpt award pelakon popular…hurm,……

    6

    0
  7. Apa says:

    Nie lagi satu drama BEST .. #GeramNya . Tapi jadi takut nak tengok babak pukul tu … Seram sejuk tau kalau orang perempuan tengok … Taku t pun ada .. Meskipun itu cuma lakonan .

    6

    0
  8. Anonymous says:

    pelakon hebat-hebat sebab bakat (eg. Beto, Nabila huda, syazwan zulkifly, etc) ni ramai je peminat just that diorang ni tak ada fan club or fan club tak gila vote hari-hari. Tapi cuba ko jalan dari negeri ke negeri, dari tempat ke tempat and tanya sorang-sorang, sah-sah diorang lagi ramai fans.

    24

    0
  9. Jjay says:

    Fattah kayu tu tahu berlakon cerita cinta2 je .
    Tu pun masih kayu..

    22

    0
  10. bunga raya says:

    Memang sah sahih aku pilih cite #andainyatakdir instead of #hsc. Hsc whattt?? Cerita utk bdk bbnu baru nk kenal sweet2 dlm hdp blhla. Tgu lps kawen nk tau sweet lg ke idok? fmly shuk pun aku adore sbb relax2 n chill2 je #shuktyameena. Shuk ni dh popular pun elok je lg lepak ngan gang2 lama dia. Bkn sjns kejar populariti ni

    9

    0
  11. Anonymous says:

    lebih baik tengok cite andainya takdir dari hero seorang cinderella tu…bukan nk membezakan..tp pengisian xde..fattah amin ptt belajar dr syukri yahya mcm mne cara nak berlakon elok..bukan setakat ada paras rupa je..

    12

    0
  12. Lola says:

    Weh memang best weh ! Jalan cerita dia wallahhhh, Nina berlakon pun best. Menyampah dengan si lin tu. Cerita seharum mawar pun best oii.

    2

    0
  13. Juju says:

    Best giler drama ni…cuba korang tengok..pasti tak menyesal…
    HSC cam cerita grade C alau di bandingkan dengan drama andainya takdir. Dari segi lakunan pula ..semua pelakon hebat!!! Bukan macam pattah kayu…Memang puas hati.. bravo

    4

    0
  14. Yusnita mak ayu says:

    Fattah tolong belajar berlakon dengan Shukri Yahya. Drama ni kekuatannya pada jalan cerita dan lakonan pelakonnya yang mantap.Mereka tak menjaja muka atau gossip murahan untuk menaikan rating. AWESOME

    10

    0
  15. Anonymous says:

    abang beduk..meme talented …akhirnya jumpa cg machoman malaysia

    1

    0
  16. sueee says:

    yes andainya takdir terbaik…

    0

    0
  17. Ibumerah x miss tgk citer ni.Memang best giler citer dia.
    Semua pelakun berjaya membawa watak masing2 sehingga kita geram menontonnya.
    Watak Airil, Tihah, Makcik Normah, Lin dll.
    Inilah drama berkuatlity yg kita nak tonton. Apa2 pun Shukri Yahya is the best selepas zaman Dato Rohsyam Nor berlalu..

    4

    0
  18. Miss Dior says:

    nape nk kaitkan Fattah Amin plak…masing2 ade rezeqi dye…InshaAllah dua2 pn berbakat..masing2 punye style lakonan la

    0

    1
  19. blabla says:

    lakonan syukri yahya memang power..tengok jer citer menjinak ombak tv3, memang cair giler tengok…

    2

    0
  20. Minah Kilang says:

    Saya sebagai peminat Fattah amin berasa bahawa shukri ni berlakon tak best..fattah amin adalah pelakon paling hebat di dunia..sapa kutuk fattah ku nanti akan di kecam secara beramai2 sepertimana yg terjadi kepada hajjah lopa…tungguuuu korangggg

    0

    4
  21. Anonymous says:

    Thun depan bg ja la bintang paling popular kedebabom kat syukri yahya ney..buat apa bg kat atis meletop ngan gosip lah ntah apa lg lah yg x da makna tuh…bia la dapat gelaran popular tu dngan lakonannya bkn dngan gosipnya…mau tau na..

    0

    0

Leave a Comment

Optional