“Lakonan Mana Saya Tak Bagus? Saya Boleh Buat Semua” – Nama Kena ‘Reject’ Dengan Stesen TV, Azri Iskandar Respon

Hiburan

“Lakonan Mana Saya Tak Bagus? Saya Boleh Buat Semua” – Nama Kena ‘Reject’ Dengan Stesen TV, Azri Iskandar Respon

Pelakon Azri Iskandar sebelum ini ada mendedahkan dia perlu mengumpul wang terlebih dahulu sebelum mengahwini wanita dikenali sebagai Dr Azra.

Salah satu sebab kekangan itu mungkin kerana aktor berusia 56 tahun tersebut kurang mendapat tawaran berlakon oleh pihak produksi.

Advertisement

azri iskandar
9 months ago

"Boleh Saya Tahu Siapa Saya Kikis? Kalau Saya Pengikis Saya Dah Kaya" - Dituduh Kikis Duit Wanita, Azri Iskandar Pertahankan Diri

 

Stesen TV tak lulus nama

Baru-baru ini, bekas suami Ellie Suriaty itu mengakui sewa rumahnya tertunggak disebabkan masalah kewangan dihadapinya sekarang.

Malah, Azri turut mendedahkan dia telah menerima tawaran berlakon namun kemudian pihak stesen televisyen pula didakwa tidak meluluskan namanya.

Sebenarnya ada tawaran, tapi bila hantar nama di stesen televisyen, stesen tak lulus. Saya rasa hairan juga. Apa yang tak boleh dengan saya? Lakonan yang mana saya tak bagus? Sedangkan saya tahu, saya boleh buat semua.

azri iskandar

 

Nak minta penjelasan stesen TV, tak mungkin sebab kontroversi

Azri juga berkata dia sendiri belum sempat meminta penjelasan daripada pegawai stesen televisyen yang tidak didedahkan itu namun akui berhasrat untuk bertanya lebih lanjut.

Kalau saya jumpa, saya akan tanya apa kriteria yang mereka pilih. Saya nak tahu kenapa pelakon lain dapat watak itu dan saya tak dapat. Itu untuk watak ayah-ayah yang handsome dan lain-lain.

Sementara itu, Azri sendiri berpendapat hal berkenaan bukanlah disebabkan kontroversi dirinya pada tahun lalu kerana dia ada menerima banyak tawaran selepas isu tersebut.

Kontroversi semua berlaku tahun lepas. Lama dah. Saya banyak job lepas cerita lama itu. Cuma sekarang ini yang tiada. Memang saya tak tahu kenapa nama kena ‘reject’.

azri iskandar

 

Syukur kawan masih tanya khabar

Dalam pada itu, Azri meluahkan rasa syukur kerana masih ada kawan yang bertanya khabar tentangnya namun berkata dia tidak memerlukan bantuan mereka.

Saya tak perlukan bantuan mereka. Kalau nak bantu saya, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, RM20 baik mereka simpan sahaja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...