Kini, drama yang dilakoni oleh Erysha Emyra iaitu Rumah Tanpa Luka sedang menjadi bualan ramai susulan barisan pelakon yang hebat membintangi dalam drama berkenaan.
Lakonan Erysha dipuji ramai, dibandingkan dengan Anna Jobling
Bahkan, lakonan-lakonan mereka juga dipuji ramai, terutamanya Erysha yang dikatakan sangat menjiwai watak hingga menyentuh hati penonton.
Susulan lakonannya dipuji, di platform Threads tular beberapa luahan daripada peminat drama Malaysia yang membandingkan lakonan Erysha dan aktres jelita, Anna Jobling.
Erysha menjiwai watak, Anna Jobling ‘hambar’
Salah satu luahan yang telah menarik pengguna Threads apabila seorang individu persoalkan umur serta tarikh debut kedua-dua pelakon berkenaan.
Ia kerana dia merasakan lakonan Erysha jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan lakonan Anna yang didakwa tidak terlalu ‘mantap’ dan membuatkan penonton bosan melihat dramanya yang berjudul Setia Itu Mahal.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu terbabit dengan merasakan Anna patut mempelajari ilmu lakonan lebih mendalam jika mahu berlakon di dalam mana-mana drama.