April 18th, 2019

Pastinya penonton setiap kali akan rasa teruja menonton drama Nur 2, bukan sahaja jalan ceritanya penuh emosi, tetapi watak Ustaz Syed Hamadi lakonan Azhan Rani juga antara faktor yang menarik lagi minat penonton.

Ramai  yang terkesan dengan karakter tersebut  sampai ada yang kalau boleh mahu memecahkan televisyen kerana terlalu geram dengan Ustaz Hamadi yang menjadi penunggang agama demi kepentingan dirinya.

Meskipun watak Ustaz Hamadi dikecam teruk, itu bermakna Azhan telah membuktikan bahawa beliau seorang pelakon yang hebat dan berupaya membawakan karakter antagonis itu dengan baik sekali sehingga menimbulkan kemarahan ramai orang. Malah, ada yang mengatakan, Ustaz Hamadi lebih menonjol berbanding watak utama.

Dasyat betul penangan Ustaz Hamadi, memang geram, sakit hati, bengang semua perasaan ada bila lihat watak itu di dalam drama Nur 2. Lakonan Azhan memang ‘hidup’ dan beliau memang harus dipuji. Seorang aktor yang sangat berbakat.


34 responses to “Lakonan Azhan Rani Sebagai Ustaz Hamadi Dipuji Netizen, Memang Menjadi!”

  1. Ustazah madinah says:

    Betul la korg…aku pun rasa nak naik hantu tgk ustaz madi ni…tgk plak dia asyik terlepas je tiap kali kantoi dgn famili mentua dia…angin betul rasa…aku rasa mcm nak masuk je dlm tv 55 inci umah aku ni dan nak jelaskan pada ayah haji apa yg berlaku … Hahahaa

  2. Malek says:

    Tahniah azhan rani. Watak ustaz hamadi betul2 beri impak pada cerita nur2. Rasa nak bagi penampau kat ustaz madi ni.

  3. Anonymous says:

    penunggang agama jer yg kecam drama ni…. kita2 yg lain ni jelas nampak ustaz2 jenis hamidi ni memang wujud…

  4. anonymous says:

    ini baru ada kualiti,ezad memang bagus buat drama salute…… naik hantu aku dgn ust hamadi

  5. addon says:

    Azhan Rani, Beto, Zulhuzaimi, antara pelakon2 yg ada potensi bawak watak jahat jahanammmm yg terbaik.. kalo jahat, jahat nak mampus, kalo baik, baik nak mampuss… hero2 baru ni, jahatnya hak alahhhh, bole putus napsu nak marah dibuatnya..

Loading...