Selepas lama tidak muncul di kaca televisyen, Puteri Sarah Liyana dilihat kembali aktif dalam bidang lakonan. Difahamkan, dia mula menyepi daripada dunia seni apabila berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Penglibatan aktif semula Sarah ternyata mendapat sambutan baik daripada orang ramai.
Namun, Puteri Sarah mengundang kritikan apabila memuat naik sekeping foto bersama pelakon lelaki, Nazrief Nazri. Foto tersebut mengundang rasa tidak senang peminat berikutan imejnya yang bertudung dan memegang status isteri orang.
Walau bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat gambar tersebut hanyalah suntingan. Ini kerana kedua-dua tangan tidak sama dan bentuk badan juga lain.