“Laki Saya Kuat ‘Nganjing’ Saya” – Sharifah Sakinah Akhrinya Dedah Wajah Suami Baru

Hiburan

“Laki Saya Kuat ‘Nganjing’ Saya” – Sharifah Sakinah Akhrinya Dedah Wajah Suami Baru

Pelakon sensai, Sharifah Sakinah kini tidak berselindung lagi mengenai identiti suami barunya setelah sekian lama mendirikan rumah tangga.

Sharifah Sakinah menerusi hantaran media sosial miliknya dilihat menghadiri satu acara bersama lelaki yang dikenali sebagai Cyril Kongo.

Advertisement

Dia juga menggelarkan Cyril sebagai ‘laki’ atau suaminya di hantaran tersebut.

Sharifah Sakinah juga meluahkan rasa teruja kerana dapat bersama-sama menghadiri sebuah acara jenama jam tangan mewah.

Terdahulu, Sharifah Sakinah memberitahu media bahawa dia sudah kembali berumah tangga namun enggan berkongsi secara lanjut tentang pasangan barunya itu.

Difahamkan, Cyril merupakan seorang artis lukisan dinding yang berasal dari Perancis.

Aktres itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Adha pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sakinah dan Adha kemudian bercerai pada tahun 2020. Pelakon itu kemudian bertemu jodoh dengan seorang lelaki Sweden bernama Michael Hansen pada tahun 2021 sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dafi nafi hidap kanser darah
3 weeks ago

"Tiada Apa Nak Beritahu" - Dafi AF Hidap Kanser Darah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...