“Laki Bini Orang” – Cium & Peluk Atas Katil, Netizen Anggap Lakonan Diana Danielle & Aiman Hakim Berlebihan

Hiburan

“Laki Bini Orang” – Cium & Peluk Atas Katil, Netizen Anggap Lakonan Diana Danielle & Aiman Hakim Berlebihan

Biarpun sudah dua bulan drama She Was Pretty ditayangkan kepada umum, baru kini drama terbabit menerima kritikan daripada warganet yang menontonnya.

Netizen berasa kurang senang apabila melihat beberapa babak di antara pelakon utama Dania Danielle dan Aiman Hakim yang kelihatan begitu ‘mesra’ walaupun kedua-duanya sudah bergelar suami isteri orang lain di luar drama.

Advertisement

Melalui platform media sosial TikTok, seorang pengguna memuat naik rakaman babak-bakak memaparkan pelakon utama itu membuat aksi romantis serta membandingkan dengan drama sebelum ini hangat diperkatakan orang ramai yang di lakoni oleh Zul Ariffin.

Melalui hasil pemerhatian pengguna berkenaan, dia merasakan drama yang di adaptasi dari drama Korea Selatan itu lebih terbuka untuk ditayang secara ‘online’ berbanding di kaca TV, dimana garis panduan lebih ketat.

Pengguna berkenaan mempersoal kenapa sebelum ini Zul teruk dikecam oleh orang ramai apabila melakukan adegan mesra tetapi apabila Diana dan Aiman melakukannya tiada siapa yang bersuara.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pengguna berkenaan dan merasakan kedua-dua pelakon utama itu berlebihan melakukan adegan mesra sedangkan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat adegan seperti itu sudah lama dilakukan dalam drama ataupun filem Malaysia dan ia bagi mewujudkan keserasian serta menghidupkan watak.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Siti Hariesa Perempuan Itu
6 bulan lalu

“Bila Viral Saya Rasa Lawak” - Pelakon Wanita ‘Diangkat’ Zul Ariffin Tak Menyesal Berlakon Aksi ‘Panas’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    August 8, 2022 at 10:48 am

    ini lah masalah kalau kita nak adaptasi drama dari korea atau luar negara..
    sebab ada scene2 macam ni lah…. kita malaysia (melayu-islam) tak boleh nak ikut versi asal..
    kalo ikut gak.. garu kepala mat….

    • Hana

      August 9, 2022 at 5:35 pm

      Setuju…nak peluk bagai..old fashion

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...