Baru-baru ini, usahawan dan juga ikon fesyen terkenal iaitu Wak Doyok telah menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar bersama penerbit, Datuk A. Aida di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Haji Mohd Nor difahamkan menyambut ulang tahun kelahirannya dan turut mengundang A.Aida ke majlis tersebut.
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen ialah apabila melihat kemesraan A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah binti Awang yang memeluk pinggang Wak Doyok semasa bergambar.
Restu.. A.Aida #BithdayBoy.”
Susulan itu, perkongsian tersebut telah mengundang spekulasi mengenai status hubungan mereka dan menerima pelbagai respon daripada netizen di ruangan komen.
Meninjau di ruangan komen, ada juga segelintir warga net merestui hubungan Wak Doyok dan A.Aida yang dikatakan sepadan bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.