Pempengaruh media sosial, Elcah, tampil memberikan kenyataan selepas ada pihak menuding jari menyalahkannya dalam kemelut rumah tangganya yang dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga.
Menerusi hantaran di Threads, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha, memberikan respons terhadap kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya memuat naik foto bersama suami.
Menurut Elcah, dia tidak perlu menyembunyikan suaminya memandangkan mereka sah bergelar suami isteri.
Saya ini isteri yang sah dan satu-satunya isteri kepada suami saya. Jadi kenapa saya pula perlu sorok suami saya macam saya kahwin dengan suami orang pula? Sedih lah aku dengan penyokong penyondol.
Tambah Elcah lagi, dia memilih untuk mendedahkan isu tersebut kepada umum sebagai satu bentuk peringatan kepada mereka yang cuba merosakkan rumah tangga orang lain.
Ya, sesuai dengan muka kau supaya beringat sikit bila nak jadi seorang ‘barua’. Maaf cakap.
Terdahulu, Elcah mengakui rumah tangganya sedang berhadapan ujian dan mendakwa suaminya pernah berlaku curang. Untuk makluman, Elcah mendirikan rumah tangga dengan Afi pada Januari 2024, dan ini merupakan perkahwinan ketiganya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.