Lakar Gambar Hantu, Gadis Ini Tunjuk Rupa Hantu Yang Pernah Dilihatnya

Trending

Lakar Gambar Hantu, Gadis Ini Tunjuk Rupa Hantu Yang Pernah Dilihatnya

hantu1

Pernah terlihat hantu? Jika ya, bagaimana rupa makhluk ini?

Advertisement

Bagi yang pernah terlihat sekali dua, mungkin sukar untuk jelaskan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika bertemu dengan makhluk itu.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang seringkali bertemu makhluk-makhluk ini?

Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melakar rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya.

Lebih menyeramkan, gadis tersebut turut berkongsi bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut.

Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya.

@amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen “Antara hantu mel selalu nampak

hantu2

Dia kemudiannya menceritakan mengenai lakaran satu makhluk berkepala botak dengan berkata : “Yang mel pernah cerita intai dari bilik kosong kat asrama, gini lah rupa dia.

hantu3

Kemudian @amalinaahmd menyambung dengan menceritakan tentang satu makhluk yang menyerupai seorang kanak-kanak lelaki. Menurut @amalinaahmd, kanak-kanak itu selalu mengikutinya ketika dia mengambil peperiksaan akhir.

“Hantu budak yang pernah ikut mel balik bilik masa mel final ritu. Mel tak takut sebab budak baik. “.

Oh ye semalam dia datang kat bilik. Ju-on tu. Tah kenapa dia datang tah  rindu lah tu“, tulisnya.

hantu4

Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya.

This is cempaka look a like.

Cempaka. Dia dah tua dah sekarang ni. Tu yang last mel nampak lah. Pakaian serba kuning

hantu5

Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where.

“Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai

“Besok tu demam”, tulis @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.

hantu6

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...