Pelakon terkenal, Janna Nick membuat laporan polis terhadap beberapa akaun yang didakwa telah mencetuskan provokasi dan fitnah terhadapnya. Isu mula timbul apabila ada pihak mensensasikan semula video lama yang dikaitkan dengan pemergian bintang kpop terkenal, Jong-hyun. Janna Nick walaubagaimanapun telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Kemarahan peminat tidak terhenti di situ apabila Janna Nick didakwa menggelar salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa dengan panggilan mengaibkan. Janna Nick sekali lagi menafikan tuduhan dan menganggap dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas.
Di Instagram, Caprice tidak ketinggalan memberikan pendapat peribadinya berkenaan isu ini. Menurutnya, masing-masing mempunyai minat dan cita rasa tersendiri. Sebagai seorang artis, Janna Nick seharusnya menghormati peminat-peminat bintang lain juga.
View this post on Instagram
A lof of you guys DM me like crazy to talk about Janna Nick vs Kpop. Lepas minta maaf isu gelak kematian Jonghyun, Janna Nick diserang lagi dek gelar Lisa ‘Blackpig’. Kpop fans are very hardcore, depa punya blog laju pick up benda-benda tentang artis dorang.
Dan apabila benda macam ni viral sampai Korea, benda itu boleh mencemar imej Malaysia dan orang Malaysia. Kita sebagai artis atau public figure kita kena sedar kita pun ada fans. Sama juga macam artis kpop, depa ada fans. Tanpa fans siapa la kita. Kita kena hormat fans orang lain juga. Lain orang lain taste. Ada yang suka makanan Cina, ada suka makanan India, ada juga suka masakan Thai. Lain orang lain taste.
Menurut Caprice, apabila isu sebegini viral sampai ke Korea, ianya boleh mencalar imej serta nama baik orang Malaysia. Sebagai seorang artis yang mempunyai peminat, mereka harus sedar tanpa peminat siapalah artis tersebut. Jadi, Caprice menasihati public figure supaya saling hormat menghormati.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Caprice ini. Netizen beranggapan untuk dihormati, seseorang hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain.