“Lain Macam Tekstur Tu, Ba Alif Ba Ya Ke?” – Dituduh Rindu Makan Daging Babi, Adam Corrie Bersuara….

Hiburan

“Lain Macam Tekstur Tu, Ba Alif Ba Ya Ke?” – Dituduh Rindu Makan Daging Babi, Adam Corrie Bersuara….

Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie menerima komen-komen sindiran selepas dia berkongsi video dirinya menikmati mi wantan ayam merah BBQ di sebuah kedai.

Menerusi ruangan komen, beberapa individu memberi komen sinis terhadapnya malah ada yang mendakwa Adam makan dan masih rindu untuk menikmati daging babi.

Advertisement

Lain macam je rupa tekstur daging tu. Ba alif ba ya ke?

 

Tak rindu makan babi

Menyedari dirinya dituduh sebegitu, Adam menerusi satu hantaran di Instagram berkata selepas 16 tahun memeluk Islam dia langsung tidak merindui makanan itu.

Ujar Adam, dia tidak tahu apa niat sebenar mereka yang memberi komen sebegitu namun menjelaskan dirinya bukanlah penggemar daging babi sebelum peluk Islam sekalipun.

Saya sebagai seorang Muslim yang telah kembali fitrah selama 16tahun, tak rasa rindu pon nak makan perkara yang haram. Sebelum saya syahadah, saya bukanlah pengemar makan daging babi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Tambah aktor berusia 55 tahun itu lagi, apa yang dimakan olehnya sebelum mengucap syahadah adalah hal lama dan berkata pengalaman mengajar setiap individu menjadi insan lebih baik.

diana danielle
4 months ago

"Sis Kena Belajar Banyak Lagi Tentang Islam" - Makan Di Restoran Cina 'Muslim Friendly', Farid & Diana Kena 'Sekolah' Dengan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...