Tidak kira panas ataupun hujan, kita sering lihat rider makanan semangat dan gigih untuk menghantar pesanan makanan pelanggan, hingga satu tahap kita berasa kasihan melihat mereka siang dan malam bekerja.
Namun, adakah anda tahu income yang di miliki oleh mereka hasil dari menghantar pesanan makanan pelanggan pagi hingga ke malam?
Baru-baru ini, tular satu tweet di Twitter yang membuat ramai netizen terkejut kerana ia memaparkan foto income rider syarikat penghantaran popular.
Lain macam brader ni punya flex? Betul ke rider2 punya income? pic.twitter.com/WuEAksESfH
— Nor Azam Budin (@norazambudin) January 11, 2023
Difahamkan melalui ciapan tersebut, rider berkenaan peroleh RM200 sehari dan dia turut mendedahkan telah mempunyai lebih RM100,000 dalam e-dompet miliknya, dimana duit sebanyak itu hasil dari titik peluh bekerja sebagai rider.
Kerana seakan-akan tidak percaya dengan hasil sebanyak itu, netizen tertanya sama ada perkara itu benar ataupun tidak.
Jika meninjau di ruangan komen, ada yang menjawab pertanyaan tersebut dengan berkata memang boleh menjana income sebanyak itu sebagai rider tetapi ia perlu dilakukan siang dan malam tanpa henti.
Bahkan jika sering melakukannya, ia boleh menjejaskan kesihatan rider berkenaan.
Sehingga artikel ini, perkara tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada gambar tersebut di edit ataupun sememangnya benar.