“Lain-Lain Bapa..” – 51 Tahun Bersama Isteri, Lelaki Warga Emas Baru Tahu 2 Orang Anak Umur 40-An Bukan Zuriat Kandung

Kehidupan

“Lain-Lain Bapa..” – 51 Tahun Bersama Isteri, Lelaki Warga Emas Baru Tahu 2 Orang Anak Umur 40-An Bukan Zuriat Kandung

Sudah menjadi kebiasaan di awal tempoh perkahwinan pelbagai ujian yang perlu dihadapi oleh setiap pasangan, bahkan diuji dengan cabaran yang tidak disangka-sangka.

Walaupun ujian di dalam perkahwinan selalu berlaku ketika pasangan baru mendirikan rumah tangga, tetapi tidak buat seorang lelaki ini apabila dikejutkan dengan satu rahsia besar disimpan oleh isteri yang membuatkan dirinya ‘hancur’.

Advertisement

Kantoi 2 orang anak bukan zuriat kandung

Selepas 51 tahun mendirikan rumah tangga bersama, lelaki itu mendapati dua orang anak mereka yang kini sudah berusia 40 tahun dan 42 tahun bukanlah zuriat kandungnya.

Kejadian itu kantoi selepas abang pesara hakim itu mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan penderma buah pinggang, lalu warga emas serta dua orang anak melakukan pemeriksaan menyulur untuk melihat adakah buah pinggang mereka sesuai untuk didermakan.

Lain-lain bapa

Alangkah terkejutnya lelaki itu selepas melihat status ujian DNA yang dikeluarkan mendapati dua orang anak itu bukanlah daripada ‘benihnya’, bahkan berbeza bapa memadangkan isteri sering bertukar-tukar pasangan.

Saya akan memandu pulang untuk merangka kertas penceraian, lihatlah sama ada saya boleh bebas daripada perempuan gila itu. Sejak dulu saya bertahan dengan dia demi anak-anak, cucu-cucu & sekarang cicit. Tapi mereka bukan anak saya, lantaklah.

Mempunyai pengalaman yang lama sepanjang menjadi hakim, warga emas ini yakin dia boleh memfailkan saman ganti rugi sekiranya identiti bapa-bapa mereka diketahui.

suami kerja offshore
8 months ago

"Pilih Untuk Tak Berpisah" - Lain-Lain Bapa, Lelaki Kerja 'Offshore' Baru Tahu 4 Dari 6 Orang Anak Bukan Darah Daging

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...