“Lain Kali Sensitif Sikit, Awak Tu Ada Pengaruh” – Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada ‘Plot Twist’ Dalam Kes Zara Qairina

Kehidupan

“Lain Kali Sensitif Sikit, Awak Tu Ada Pengaruh” – Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada ‘Plot Twist’ Dalam Kes Zara Qairina

Pempengaruh dan aktivis sosial, Akhi Fairuz Al Jengkawi tampil memohon maaf di atas keterlanjurannya dalam memberi ulasan dalam kes pelajar dilaporkan jatuh dari tingkat 3 di Sabah, baru-baru ini.

Dalam hantaran sebelum ini, Akhi meminta orang ramai untuk tidak terus membuat spekulasi kerana terdapat ‘plot twist’ dalam kes tersebut namun tidak mendedahkan lanjut mengenai kenyataan itu.

Advertisement

Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi ramai yang rata-ratanya menghentam pempengaruh itu kerana berpendapat, kenyataan tersebut hanya mengundang lebih spekulasi dalam kalangan netizen.

Berikutan kecaman yang diterimanya, Akhi Fairuz menerusi satu hantaran terbaru memohon maaf atas keterlanjuran penggunaan ayat tersebut.

permohonana maaf fairuz al jengkawi

Adik Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 di SMKA Tun Datu Mustapha, ditemui parah bawah bangunan asrama dan meninggal dunia keesokan harinya. Ibu mangsa, Puan Noraidah, membuat laporan polis tambahan selepas mendedahkan Zara pernah mengadu dibuli pelajar senior.

Beliau juga meragui punca kematian dan mohon inkues serta bedah siasat. Polis telah ambil keterangan 60 saksi dan siasatan kini di peringkat akhir oleh Bukit Aman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fairuz al jengkawi adik zara, spekulasi
2025-07-31 07:24:54

"Jangan Terus Berspekulasi Mengenai Kes Adik Zara , Sebab Ada 'Plot Twist'"- Fairuz Al-Jengkawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...