“Lain Kali Mengumpat Dekat Rumah Je Bukan Media Sosial” – Puteri Sarah ‘Reject’ Wiwie Darvienda Ajak Jumpa

Hiburan

“Lain Kali Mengumpat Dekat Rumah Je Bukan Media Sosial” – Puteri Sarah ‘Reject’ Wiwie Darvienda Ajak Jumpa

Pelakon Puteri Sarah Liyana semalam meluahkan rasa berang selepas bekas kakak ipar kepada Ira Kaza masih bercakap tentangnya dan didakwa menganggu ketenteraman dirinya meskipun sudah bercerai.

Puteri Sarah
1 year ago

"Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak" - Puteri Sarah Bengang Bekas Menantu Kazar Cari Pasal Di Instagram

Advertisement

Hari ini, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan dia sama sekali tidak akan memulakan ‘peperangan’ ini sekiranya pihak sana tidak ‘menjentik’.

Tambah aktres berusia 37 tahun itu lagi, dia tiada masa untuk ‘drama’ ini kerana mempunyai jadual kerja yang sangat padat termasuklah urusan bisnes dan perlu ulang alik ke Jakarta setiap bulan.

Kalau awak tak mulakan, saya tak akan mulakan. Takde masa nak berdrama nak cari pasal. Lain kali nak cerita buruk, sila mengumpat di rumah je bukan di media sosial.

sarah

Sarah turut mengingatkan pihak di sana ‘jangan dijolok sarang tebuan’ dan tidak perlulah nak mengungkit cerita yang lama.

Sekarang nak play victim pula kata tak bercerita. Nak jumpa I? Maaf, sila cakap dengan peguam saya.

sarah ig

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...