Semalam, nama suami penyanyi terkenal Indonesia , Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana menjadi perhatian ramai selepas dirinya didakwa ‘songlap’ duit syarikat yang diusahakan bersama bekas isteri berjumlah RM1.7 juta.
IG Bunga jadi sasaran
Susulan itu, Instagram BCL menjadi sasaran netizen bertanyakan mengenai khabar berita ini sama ada benar ataupun tidak.
Malah ada yang mendakwa penyanyi serta pelakon itu tidak memeriksa latar belakang Tiko sebelum memilihnya untuk menjadi suami.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen hantaran terbaru yang dimuat naik oleh penyanyi Ingkar itu, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dan meminta pasangan itu menjelaskan isu tersebut dengan segera.
Dalam pada masa yang sama, ramai yang risau jika BCL terkena tempias susulan isu yang berlaku ini.