Lama tak nampak kelibat Fattah Amin dan Diana Danielle di kaca televisyen. Buat julung kali, kedua-duanya bergandingan dan memilih naskah GANJIL yang bertemakan romantik-fantasi sebagai kemunculan semula, sekaligus mengubat rindu peminat.
Apakah maksud pertemuan di alam mimpi?
GANJIL mengisahkan Amry (Fattah Amin) dan Nabila (Diana Danielle) yang bertemu di dalam mimp dan tanpa disangka mimpi mereka bercantum menjadi satu.
Tanpa menyedari kewujudan satu sama lain di alam nyata, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama.
Mimpi adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik.
Lebih menarik, GANJIL turut memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil mengimbangi tanggungjawab yang dipikul.
Mendapat sentuhan Datuk Yusry Abdul Halim yang terkenal dalam penggunaan kesan visualnya, siri 10 episod ini bakal memberikan penonton satu genre drama yang lain daripada yang lain.
GANJIL mula ditayang pada 30 September, dengan dua episod hari setiap Khamis. Siri original Viu Malaysia ini turut menampilkan Izzue Islam dan Fatin Afeefa sebagai pelakon pembantu.
Penonton boleh menyaksikan siri ini menerusi aplikasi Viu. Hanya muat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, atau strim di laman web di www.viu.com.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.