Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 tahun ini, satu inisiatif unik akan diadakan iaitu bacaan al-Quran tanpa henti dari KL Sentral hingga ke Hatyai dalam usaha mencipta rekod bacaan al-Quran terpanjang.
Memetik laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, inisiatif yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records itu akan menampilkan bacaan al-Quran di dalam kereta api rentas sempadan antarabangsa.

gambar hiasan
Inisiatif ini membuktikan bahawa dakwah tidak terikat pada mimbar atau dewan, tetapi boleh disampaikan di mana jua dengan pendekatan segar, bermakna dan penuh nilai. Ia membuka lembaran baharu dalam penyampaian syiar Islam melalui teknologi, logistik dan kreativiti.
Cuma saya pesan kepada jawatankuasa penganjur, bila dalam kereta api itu ada orang lain, mungkin ada penumpang bukan Islam, kena pastikan tidak mengganggu orang lain.
MTHQA ke-65 ini akan berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos depan di WTCKL yang mana bakal menyaksikan seramai 72 peserta dari 50 negara berentap dalam dua kategori uatama iaitu Tilawah dan Hafazan al-Quran 30 Juzuk.
Kata Mohd Na’im, majlis tahun ini akan membawa tema ‘Membangun Ummah MADANI’ yang mencerminkan aspirasi negara dalam membina masyarakat bertamadun yang berakar pada nilai-nilai Qurani.

gambar hiasan
Hadiah wang tunai yang lumayan turut menanti para pemenang dengan Johan bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000 manakala Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM30,000 dan RM20,000.
Bagi menjamin kredibiliti penjurian bertaraf dunia, MTHQA ke-65 bakal diadili oleh seramai 16 orang hakim antarabangsa dari Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan, dan Indonesia.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.