Lahirkan Anak Sebesar Patung Barbie, Ibu Ini Kongsi Kisah Pilu Apabila Dicemuh ‘Mulut Puaka’

Trending

Lahirkan Anak Sebesar Patung Barbie, Ibu Ini Kongsi Kisah Pilu Apabila Dicemuh ‘Mulut Puaka’

Setiap anak yang dikandung pasti ditunggu-tunggu oleh bakal ibu dan ayah. Malah mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan nanti.

Advertisement

Tapi siapa sangka, kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Itulah yang dialami oleh ibu ini.

Mengharapkan anak yang dikandung lahir pada tepat waktunya dengan sihat walafiat, tetapi ujian yang diberi ternyata sangat menguji kesabarannya apabila anaknya dilahirkan dengan berat yang tidak normal dan kecil.

Tetapi berbekalkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia mampu mengharunginya dengan baik.

Baca perkongsian ibu ini..

Salam. Saya nak kongsikan 1 perkara. Harap perkara ni boleh bagi semangat kat ibu2 yang lahirkan bayi kecik macam anak saya atau bakal jadi mak ayah kat luar sana.

Macam ini, masa lahir berat anak sy 1.83 kg. Dia tak membesar dalam perut. Nak jadi cerita, Allah uji lagi dia kena demam kuning. Berat drop jd 1.7kg. Besar patung barbie je.

Saya punya la sedih sebab orang tengok baby saya macam alien.

Dah lah kecik, kulit kedut2, gelap pulak tu. Tidaklah macam baby lain putih gebu. Saya sabar je dengan makcik2 bawang yang datang melawat baby tu. Hahaa.

Lepas itu saya tidak putus asa, saya jaga waktu susu dia, bagi dia tidur seckupnya dan paling penting saya elakkan dia menangis lama2.

Sebab bila baby menangis boleh kurangkan berat badan dia jugak.

Alhamdulilah sekarang anak saya nak masuk 11 bulan. (Birthday dia 26/12 nnti) . Dia banyak berubah. Badan makin berisi. Kalau dokong boleh terseliuh jugak la bahu kalau lupa bawak stroller or baby carrier.

So pada ibu2 atau bakal ibu yang lahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat badan, jangan putus asa, jangan stress , jangan layan apa orang nak kata.

Kita fokus je besarkan anak kita dan pastikan anak sihat selalu.

Nanti saya kongsikan lagi tips2 untuk tambah berat badan anak.

Kat sini saya sertakan gambar anak waktu dia lahir and gambar dia terkini. Sebab saya kesian, ramai ibu2 sedih bila anak diorang tak cukup berat badan.

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan diuji. Namun hadapi setiap ujian yang diberi dengan penuh kesabaran kerana dipenghujungnya menanti sebuah kemanisan yang tidak terperi.

Abaikan aura negatif yang singgah dalam hati, kerana setiap ujian yang datang bersebab dan bersyukurlah kerana kita terpilih dalam menerima ujianNya.

Sumber: Syadiyah Sajuddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...