Seorang wanita India telah melahirkan seorang anak lelaki di dalam penerbangan antarangsa ketika sedang terbang pada ketinggian 35,000 kaki.
Wanita berusia 20 tahun itu melahirkan anak lelaki secara pramatang dalam pesawat Jet Airway ketika dalam perjalanan dari Arab Saudi ke Kerala.
“Penumpang itu melahirkan bayi lelaki pada ketinggian 35,000 kaki,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan sambil menambah ahli paramedik membantu dalam proses kelahiran.
Pesawat Boeing 737 itu dilencongkan ke Mumbai untuk menghantar wanita dan anaknya itu ke hospital Mumbai Holy Spirit. Kedua-duanya dalam keadaan selamat.
Ketika kejadian, wanita terbabit sedang mengandung 32 minggu.
Jet Airways berkata itu merupakan kali pertama bayi dilahirkan dalam pesawat mereka dan bayi itu telah mendapat penerbangan percuma sepanjang hayat dengan syarikat terbabit.
Sumber : Emirates247