Lahir Dalam Musim ‘COVID-19’, Bayi Diberikan Nama ‘Covid Bryant’ Di Filipina

COVID-19

Lahir Dalam Musim ‘COVID-19’, Bayi Diberikan Nama ‘Covid Bryant’ Di Filipina

Tahun ini merupakan tahun yang bakal diingat oleh kita sampai bila-bila. Dimana segala yang perancangan perlu di tangguh dahulu akibat penularan wabak COVID-19.

Tetapi bagi mengingati tahun yang bakal menjadi tahun bersejarah ini, ada ibu bapa yang menamakan anak mereka yang baru dilahirkan sempena ‘musim’ coronavirus. Mungkin anda akan merasa perkara ini lucu dan pelik, namun perkara ini benar-benar berlaku.

Advertisement

Shuib saman pengguna tiktok
2 hours ago

Shuib Saman Pengguna TikTok Atas Dakwaan Fitnah Tidak Berasas Dan Melampaui Batas - "Nanti Nak Bercakap Pun Terketar-Ketar"

Berita ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Nina Cayosa yang mendakwa bahawa anak perempuan pembantu rumahnya baru melahirkan bayi lelaki pada 15 Mac lalu diberikan nama sebagai “Covid Bryant”.

Di Filipina, menamakan bayi yang baru dilahirkan dengan nama ‘Corona’ dikatakan telah menjadi sesuatu yang terkenal di sana kerana ramai ibu bapa memilih nama tersebut.

Menurut sumber dari berita negara itu, ada juga ibu bapa yang menamakan anak mereka dengan nama Covid Lorraine dan Covid Rose. Pelik bukan?

Namun sehingga kini tidak pasti perkara tersebut sedang menjadi budaya di sana atau pun tidak.

antara komen kelakar netizen

Berapa ramai lagi agaknya bayi yang akan dinamakan Covid sempena wabak yang sedang menular ini?

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...