Masyarakat zaman sekarang tidak langsung mempedulikan tentang gejala buli yang semakin serius berlaku. Rata-rata dari mereka memandang enteng tentang isu ini sedangkan ia telah meragut banyak nyawa kerana kes buli.
Sebenarnya, ada banyak situasi yang boleh disebut sebagai buli dalam kalangan murid dan pelajar sekolah. Mereka ini berniat mencederakan secara fizikal mahupun emosi.
Ada juga yang menggunakan kuasa, kekuatan fizikal dan emosi. Hal ini lazimnya berulang dalam tempoh tertentu.
Baru-baru ini tular di Twitter, seorang gadis menulis bahawa adiknya telah membuli seorang pelajar di sekolah dan menerima aduan, tetapi ayahnya dengan tak bersalah menganggap bahawa ia sesuatu yang lucu dan telah dikongsikan olehnya.
“Lah ingatkan anak awak mati kena seterika.”
Tetapi rata-rata netizen marah dengan perkongsian gadis ini yang menganggap kes buli tidak serius langsung.
Tweet ini juga telah menarik minat seorang lelaki untuk bersuara sehingga menjadi tarikan ramai netizen kerana adiknya juga adalah salah seorang mangsa buli.
Retweet lelaki ini telah mendapat respon dari netizen kerana adiknya pernah dibuli. Beliau menceritakan bahawa adiknya pernah masuk berita kerana lari dari rumah apabila disuruh balik ke asrama semula.
Pada pendapat beliau, tweet gadis ini tidak sesuai untuk diceritakan sebagai satu bahan jenaka.
Dikatakan adiknya telah membuli junior untuk membuatkan makanan untuknya. Tetapi lain jadinya apabila ahli keluarga mangsa membuat aduan kepada ibu bapanya dan ini responnya sebelum dipadam.
Rata-rata netizen sangat bengang dengan kata-kata bapa perempuan itu yang mengakaitkan dengan mangsa dengan kes buli setereka.
Tweet ini tular sehingga seorang lelaki di Facebook memberi respon terhadap tindakan bapa kanak-kanak ini yang memandang remeh tentang isu yang dianggap kecil ini.
Ini tidak kelakar! Terserlah kebiadapan si bapa pembuli
1. Maka benarlah peribahasa ‘bapak borek anak rintik’, atau ‘bapak kencing berdiri, anak kencing berlari’.
2. Budaya buli kebiasaannya bermula dari rumah. Malang sekali, perbuatan ini direstui oleh si bapa. Bila pembulian seperti ini dianggap lucu dan boleh dilawakkan, maka jelas mereka berada dalam kesesatan yang nyata.
3. Buli bukan hanya berbentuk buli fizikal, tetapi ia juga merangkumi verbal bully, cyber bully, pembulian emosi, buli mental dan lain-lain.
4. Mengejek fizikal, mengejek nama bapa, menggunakan harsh word kepada rakan, pulau kawan, pau kawan, kesemuanya ini pembulian.
5. Saya harap kesedaran bahaya buli ini berterusan. Ia tak patut berlaku dalam mana-mana institusi, sektor pekerjaan, sekolah berasrama penuh, antara guru dan murid, pelajar dengan pelajar atau antara ibubapa dan anak.
6. Kesan psikologi kepada mangsa amat panjang. Orang yang membuli biasanya melupai apa yang telah dilakukannya dahulu, tetapi mangsa yang dibuli akan ingat sampai mati.
7. Mangsa boleh memaafkan, tetapi untuk melupainya payah sekali.
8. Namun, tidaklah bermakna senior tak boleh langsung sentuh junior. Kalau kena ayat, permintaan, guna lenggok bahasa yang baik, jangan kata maggi, rendang ayam pun junior boleh masakkan.
9. Bila pelajar mengadu ada yang meminta mereka untuk buat sesuatu, maka disitu ada bau-bau pembulian. Jika tidak dicegah dari awal, ia akan bawa masalah lebih besar kelak.
10. Ia akan mewujudkan circle yang sama. Junior yang jadi senior akan membuli junior yang baru pula.
11. Sepatutnya si bapak harus menjawab, “saya minta maaf. Tak patut anak saya buat macam tu. Terima kasih sebab maklumkan.”
12. Bukan jawab dengan jawapan sarcasm dan terserlah kebiadaban.
13. Ingat, pembulian ini jenayah. Jika tidak membunuh mangsa secara fizikal, pembuli ‘membunuh’ jiwa dan emosi mangsa sebenarnya.
Kepada gadis ini, hati-hati sebelum berkongsikan sesuatu di media sosial kerana sesetengah isu tidaklah lucu untuk dikongsikan kepada orang ramai.
Diharapkan agar ibu bapa di luar sana berfikir dahulu sebelum berkata-kata, jangan main cakap sahaja tanpa berfikir. Adakalanya anda juga tidak boleh sentiasa menyokong kesalahan anak-anak kerana setiap tindakan yang dilakukan adalah sebuah kesalahan yang mesti dibetulkan sebelum terlambat.