Lagu Tular Di TikTok, Kugiran Masdo Tak Sangka Tembusi Pasaran Muzik Indonesia

Hiburan

Lagu Tular Di TikTok, Kugiran Masdo Tak Sangka Tembusi Pasaran Muzik Indonesia

Kumpulan penyanyi Kugiran Masdo mula meniti bibir peminat di Indonesia apabila lagu Dinda yang dilancarkan pada 2019, sedang tular melalui aplikasi TikTok sejak September lalu.

Lagu Dinda tersenarai antara single paling tular di Spotify Indonesia. Malah, lagu lain seperti Janji Manis, Bunga dan Bercanda Di Malam Indah turut tular di negara itu.

Advertisement

Vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah berkata, mereka tidak sangka lagu Dinda diterima dan menembusi pasaran muzik Indonesia.

Kami tidak sangka sebab bukannya mudah untuk menembusi Indonesia. Tambah pula skala industri muzik di republik itu dah besar dan gempak.

Tambahnya lagi, dua tahun lalu, lagu itu tular di Malaysia, dan sekarang di Indonesia. Judul lagu itu disangka nama orang kerana di Indonesia, ada orang yang bernama Dinda. Sedangkan di Malaysia, panggilan itu dirujuk kepada buah hati.

Saya terkejut… Lagu itu relate dengan mereka. Tanpa diduga, lagu Dinda ‘terlepas’ dan diterima peminat di Indonesia.

Masdo sudah ditemuramah secara virtual oleh stesen radio dan televisyen (TV) Indonesia. Mereka juga akan ‘terbang’ ke Jakarta, Januari ini untuk bertemu peminat.

Selain Ali, Kugiran Masdo yang ditubuhkan pada 2015 dianggotai Azham Ahmad yang bermain dram, Putu Ceri sebagai bass dan vokal dan Asmawi sebagai pemain gitar dan vokal.

Kugiran Masdo
2 years ago

"Hanya Yang Berumur 18 Tahun Ke Atas Saja Boleh Hadir" - Kugiran Masdo Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...