Lagu Tema Super Mario Yang Dimainkan Dengan Menggunakan Kalkulator

Trending

Lagu Tema Super Mario Yang Dimainkan Dengan Menggunakan Kalkulator

Kalkulator……Sebuah alat yang sudah tidak asing lagi bagi membuat pengiraan dan memudahkan kerja seharian. Ia bukan sahaja digunakan di peringkat sekolah dan universiti malah juga di pejabat-pejabat. Penggunanya juga tidak mengira usia, dari yang muda sehinggalah yang ke tua.

Advertisement

Pada zaman yang penuh dengan idea yang kreatif ini, terdapat seorang insan yang telah menggunakan kalkulator bagi menghasilkan satu seni kreatif. Lagu tema Super Mario telah dimainkan dengan hanya menggunakan 4 biji kalkulator. Kalkulator yang digunakan itu merupakan kalkulator yang berbeza dari apa yang selalu kita lihat dan pakai kerana ianya mampu menghasilkan bunyi apabila butangnya ditekan.

Terdapat 2 jenis model kalkulator yang digunakan untuk menghasilkan irama itu iaitu AR?7778 dan AR?8001. Bagi mereka yang ingin mendapatkan kalkulator ini, ianya boleh didapati di laman web Amazon Jepun dan dijual dengan harga 2480 Yen sebiji. Penghantaran adalah percuma bagi mereka yang tinggal di dalam Jepun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...