“Lagu ‘Sape Kata’ Banyak Bermain Dengan Perasaan Dalaman..” – SonaOne

Hiburan

“Lagu ‘Sape Kata’ Banyak Bermain Dengan Perasaan Dalaman..” – SonaOne

Penyanyi rap SonaOne berkongsi pengalaman kehidupan sendiri dan orang sekeliling menerusi lagu Sape Kata, karya bersama sahabatnya, Wolfy.

Lagu dan lirik nukilan SonaOne atau nama sebenarnya, Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach bersama Axel Jonas itu dirakamkan sekitar Julai tahun lalu.

Advertisement

Ditanya apakah idea penghasilan karya berkenaan lebih tepat mengenai pengalaman kisah cinta sendiri, SonaOne dilihat memberi jawapan selamat.

Boleh jadi ya… atau sebaliknya. Semua terpulang kepada apa juga interpretasi atau tafsiran masing masing. Namun jelas bersifat peribadi.

SonaOne, 32, tidak menafikan terdapat input dan ilham yang datang daripada pengalaman sendiri. Namun, dia melihat lagu ini daripada cerita umum atau adat berkasih sayang yang akan berlaku salah faham dan jiwa kacau.

Lagu itu berdasarkan pengamatan saya mengenai pelbagai cerita dialami ketika Covid-19 menjelma. Ramai teman saya sendiri putus cinta kerana kekurangan sisi komunikasi

Menurut penyanyi lagu No More itu, memang sengaja perkataan siapa dieja seperti bahasa pasar sebagai ‘sape’. Lagu itu juga menggunakan bahasa Malaysia dan Inggeris.

Lagu gabungan pop R&B dan hip-op tersebut sudah pun dilancarkan di semua platform digital pada 12 November lalu.

Hairi MK K-Clique
3 years ago

"Ianya Bahasa 'Street'.." MK K-Clique Nafi Guna Bahasa Rempit Dalam Lagu Terbaharu, Sapu Rata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...