Penyanyi hip hop, Tuju meluahkan rasa kecewa apabila terdapat kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album solo pertamanya apabila dimuat naik di platform digital tersebut.
Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri berkata, hasil kerja kerasnya selama dua tahun menyiapkan album itu tidak seperti yang diharapkan.
Menurut Tuju, 26, dia yang mencipta lagu dan kulit album itu dan dia tahu bagaimana rupa yang sepatutnya dan ia tidak seperti yang dia gambarkan.
Saya kecewa sebab cover album itu tak habis dan lagu sangkut di platform digital.
Bagaimanapun, anggota kumpulan K-Clique itu tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak dan berharap masalah itu akan segera diselesaikan pihak berkenaan.
Perkara ini diluar kawalan saya, saya hanya boleh bagitahu dan minta bantuan. Semoga ia dapat diselesaikan.
Info tambahan, album berjudul Tuju Untuk Kami 18/19 itu mengandungi tujuh buah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Tuju dan boleh didengari di platform digital.